Umum

Kerana Kebosanan, Habis Satu Kedai Terbakar?!

Published on

Di England ada sebuah kedai basikal musnah dijilat api selepas pekerjanya membakar beberapa bangkai tikus kerana kebosanan di kedai berkenaan.
Kedai basikal berkenaan mengalami kerugian £1.6 juta (RM8.5 juta). Menurut mahkamah Ipswich Crown, Dysney Sibbons dan Ashley Finley bertindak membakar bangkai tikus kerana mahu menceriakan hari bosan mereka. Mereka mengaku bersalah hari pertama perbicaraan itu.
Untuk info, kejadian ini sudah lama berlaku, iaitu pada akhir September 2017. Kerja-kerja pemadaman kedai basikal ini membabitkan lebih 60 orang anggota bomba.

Harapan kami di Oh!Media agar perkara sedemikian tidak berlaku di Malaysia. Info yang kami dapat, selalunya yang bakar kedai ni nak claim insurans je, hahaha.

Sumber: Mstar Online

Comments

Exit mobile version