Kerana tidak mahu melayan permintaan suami yang mahu diurut, seorang isteri hampir maut dikelar dengan sabit dalam kejadian yang dilaporkan di rumah pasangan berkenaan di Mentangor, Tenayan Raya, Riau. Dialporkan, kejadian berkenaan dilakukan bermotifkan cemburu. Untuk info, mangsa sudah dua kali berhawin dan lelaki yang bertindak mengelar mangsa merupakan suami kedua.
Ini kerana, suami mangsa datang ke balai dan menyerah diri serta mengaku mencederakan isterinya kerana layanan dingin yang diterima olehnya. Tambahnya lagi, dia dan isterinya kerap bertengkar dan mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Isterinya yang cedera dikepala dan lengan telah dikejarkan ke Hopita Bhayangkara untuk menerima rawatan lanjut.