Tular di media sosial hari ini dan semalam tentang acara Malaysia Tattoo Expo yang memaparkan aksi separuh bogel peserta tatto event berkenaan. Event berkenaan telah mendapat reaksi netizen sehingga meminta kementerian bertanggungjawab untuk megambil tindakan tegas keatas penganjur berkenaan.
Sumber gambar dari Google
Difahamkan event berkenaan merupakan event tahunan yang dianjurkan sejak dari tahun 2015, namun tiada kejadian yang seumpannya berlaku. Bertindak dari itu, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya telah mengarahkan agensi dibawahnya kementerian berkenaan, Malaysia Convention and Exibihition Bureau (MyCEB) untuk menysiasat kejadian berkenaan.
“Adalah mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen lucah seperti itu, sebab ia bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat adalah beragama Islam. Kita akan menanti laporan penuh siasatan MyCeB dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat ditetapkan.” kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia