Umum

Kemalangan di Jambatan Pulau Pinang – Sebuah Kereta Terjunam ke Dalam Laut

Published on

Awal pagi tadi dilaporkan berlaku satu kemalangan dan sebuah kereta dikhuatiri terjunam ke dalam laut yang berlaku di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang arah Perai.

Kemalangan yang berlaku pada kira 2 pagi itu telah dimaklumkan jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.54 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.


“Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah lagi kereta yang terjunam ke dalam laut yang belum dapat dipastikan jenisnya.
“Status mangsa juga belum dikenal pasti, namun operasi mencari kereta yang terjatuh ke dalam laut itu diteruskan sambil dibantu pihak polis marin,” katanya

Sumber: Kosmo

Comments

Exit mobile version