Umum

Kami Mohon Maaf, Kata Menteri Pemuda Dan Olahraga Indonesia

Published on

Gamabr sumber dari AntaraNews

Beberapa hari lepas telah berlangsung perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 yang menemukan seteru tradisi Harimau Malaya, iaitu Garuda Indonesia. Perlawanan semalam menyaksikan pasukan Indonesia kecundang dilaman sendiri di Stadium Gelora Bung Karno, stadium keramat bagi pasukan Indonesia di tangan pasukan Malaysia dengan kesudahan jaringan, 3-2.



Sepanjang perlawanan, telah berlaku kekecohan antara sesama penyokong pasukan masing. Kemuncaknya apabila permainan terpaksa diberhentikan kaibat provokasi melampau penyokong tuan rumah sehingga menyebabkan beberapa orang cedera dalam insiden berkenaan. Syed Saddiq, menteri Beliau dan Sukan yang berada di tempat penyokong pasukan Malaysia menyaksikan sendiri insiden berkenaan.

Maklum beliau, beliau akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan meminta FAM membuat aduan rasmi kepada FIFA berhubung insiden berkenaan.  Ini memberi tamparan hebat kepada Imam Nahrawi,  menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia. Dalam satu kenyataan semalam, dipetik dari Sinar Harian, secara terbuka memohon maaf atas insiden buruk yang tercetus pada pertembungan Indonesia dan Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem



Comments

Exit mobile version