Umum

Jaringan Tunggal Selamatkan Manchester City

Published on

Separuh masa pertama permainan kedua-dua pasukan dilihat seimbang dengan beberapa percubaan ke arah gawang gol lawan masing-masing yang berkesudahan seri 0-0. Walaubagaimanapun, Manchester City tidak mensia-siakan peluang bermain di laman sendiri apabila jaringan tunggal dilakukan oleh kapten pasukan mereka, Vincent Kompany menerusi sepakan deras dari luar kotak pada minit ke-70.



Kemenangan ini meletakkan Manchester City kembali ke persada liga dengan kelebihan 1 mata, memintas Liverpool yang kini meduduki tangga ke 2. Tentunya ini menjadi khabar duka buat peminat Liverpool yang ingin melihat pasukan kesayangan menang buat kali pertama selepas 29 tahun. 

Manchester City akan berkunjung ke laman Brighton & Hove Albion pada Ahad ini bagi melengkapkan perlawanan terakhir liga. Begitu juga Liverpool yang akan menentang Wolverhampton Wanderes minggu ini. Wolverhampton Wanderes dianggap mampu menggugat Liverpool untuk kembali ke tangga pertama liga berdasarkan statistik perlawanan sebelum ini.

Comments

Exit mobile version