Umum

“Jangan Boikot Durian Timbang” – Ketua Pengarah FAMA

Published on

Peminat durian diminta usah memboikot peniaga yang menjual durian mengikut kaedah timbang kerana strategi sistem pemasaran telah berubah, kata Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Datuk Ahmad Ishak.
Datuk Ahmad Ishak berpendapat, sistem ‘timbang kilo’  diterima pakai dan menjadikan harga pasaran durian terutamanya dari ladang dilihat lebih kompetitif berbanding sebelumnya. Kerana melalui sistem ini, ia memudahkan sistem perkiraan serta adil.
Kecoh dilaman sosial mendakwa kulit raja buah itu sahaja sudah mencecah beberapa kilogram (kg) dan ini yang menjadi punca orang ramai memboikot durian timbang.
Menurut Ahmad, digalakkan membeli durian timbang dengan meminta peniaga membelahnya supaya dapat melihat isinya dahulu jika kaedah longgok digunakan kerana berkemungkinan pembeli mendapat buah yang busuk dan ini tidak adil kepada pembeli.
Beliau juga menyentuh, harga durian semasa bergantung kepada permintaan dan penawaran serta peminat raja buah itu dinasihatkan membuat pilihan bijak dengan membeli durian ketika musim buah.
Sumber: Bernama

Comments

Exit mobile version