Filem Suicide Squad yang dibawakan oleh pihak DC nampaknya dijangka akan ditayangkan di pawagam pada Ogos 2021 dan ini dilihat setelah DC memanggil James Gunn yang merupakan pengarah kepada filem Guardian of the Galaxy dan Guardian of the Galaxy 2.
Namun kini, James Gunn dilaporkan telah dipecat oleh pihak Disney kerana tweetnya pada 11 tahun dahulu yang dilihat agak keterlaluan. Oleh itu, kini pihak DC telah memanggil dan memberikannya kebebasan untuk menulis Suicide Squad 2 mengikut gayanya.
Walaubagaimanapun, ia belum memastikan lagi samaada akan mengekalkan pelakon yang sama atau sebaliknya. Dalam laporan lain, dikatakan filem Suicide Squad terbaru bakal hadir sebagai reboot kepada filem yang ditayangkan pada tahun 2016 berikutan gagal mendapat sambutan seperti yang dijangkakan.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.