Oh! Lifestyle

Jack Ma Umumkan Bakal Bersara Daripada Dunia Perniagaan

Published on

Disaat beliau dijulang dan berada di puncak karier beliau, Jack Ma pada hari ini mengumumkan beliau bakal bersara daripada dunia perniagaan 10 September ini.

Berita ini nampaknya turut mengejutkan ramai apabila beliau memilih untuk bersara di puncak karier beliau serta syarikat yang diasaskan beliau iaitu Alibaba. Difahamkan tarikh 10 September dipilih bersempena dengan ulang tahun beliau yang ke-54.

Mengulas mengenai pengunduran beliau daripada dunia perniagaan, beliau berpendapat keputusan yang dibuat sebagai permulaan kepada sesuatu yang baru buat Alibaba.

Walaubagaimanapun, beliau masih lagi menjadi mempunyai pemegang saham dibeberapa syarikat yang dimilikinya. Beliau juga mengumumkan akan memantau syarikat-syarikat miliknya serta memilih kepada mereka yang lebih muda.

Comments

Exit mobile version