Umum

Israel Sekutu Kuat Arab Lawan Iran dan Desh – Benjamin

Published on

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam berkata negara Arab memandang Israel sebagai ‘sekutu amat diperlukan’ dalam memerang Iran dan Daesh.

Komen itu dibuat ketika Israel meningkatkan serangan udara ke atas kedudukan Iran di Syria, dan ketika rejim Zionis itu cuba memahami keputusan pantas dibuat Presiden Donald Trump untuk mengundurkan tenteranya dari Syria.

Netanyahu berulang kali memberi amaran Iran sedang membangunkan senjata nuklear untuk memusnahkan negaranya.

Israel, katanya, membuktikan ia aktif dalam memerangi Islam radikal dan ganas, sama ada pergerakan Syiah diketuai Iran atau fahaman Sunnah diketuai Daesh dan al-Qaeda.

“Malangnya kami tidak dapat membuat hubungan dengan Palestin.

“Sebahagian mereka sudah pun dipengaruhi Iran dan radikal Islam,” katanya.

Ditanya sama ada beliau boleh duduk semeja dengan pemimpin Iran untuk merundingkan keamanan, Netanyahu membalas: “Jika Iran kekal komited memusnahkan kami, jawapannya tidak.”

Comments

Exit mobile version