Umum

Ibu Datuk Aliff Syukri Disihir

Published on

Baru-baru ini, ibu Datuk Seri Aliff Syukri, Bonda Rozita berkongsi videonya yang dia menjadi mangsa khianat individu yang dengki dan sihir. Dia tak sangka ada orang cuba membunuh dia secara halus dengan menghantar 6 jin ke dalam badannya. Fuh!

Ni betul-betul dengki ni. Memang tak boleh tengok orang senang langsung. Hmm. Benda tu dia dapat tahu bila dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan Islam dan dia buat sesi rukyah. Orang kata rukyah ni boleh buat jin tu panas dalam badan kita.


Dia gagal nak kawal dirinya sampai dia meronta-ronta walaupun dia dah berzikir dekat dalam hati sebab macam sis cakap tadi, jin tu rasa panas dan sakit time kena rawat. Time dia kena sesi soal jawab tu, jin tu mengaku yang dia dihantar untuknya.

So lepas ni kalau korang nak buat apa-apa, berhati-hatilah dengan orang sekeliling sebab dunia dah semakin moden. Macam-macam diaorang boleh buat terutamanya sihir sebab dengki tengok kita berjaya. Biasanya diaorang buat macam tu sebab tak nak dikesan oleh pihak polis dan undang-undang.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Exit mobile version