Umum

Hukum Imam Baca Kuat (Jahar) Pada Setiap Rakaat

Published on

Soalan:
Kebiasaannya imam akan membaca dengan suara yang kuat pada dua rakaat yang awal solat maghrib dan isyak dan membaca dengan perlahan pada rakaat yang ketiga dan keempat. Apakah hukumnya imam membaca dengan kuat pada rakaat yang ketiga solat maghrib dan ketiga dan keempat pada solat isyak?

Jawapan:
Disunatkan bagi imam dan yang solat sendirian membaca dengan kuat pada dua rakaat solat subuh dan dua rakaat yang awal pada solat maghrib dan isyak dan membaca perlahan pada yang lain dari yang demikian itu disisi jumhur ulama’ daripada mazhab Maliki dan Syafie dan Hanbali dan ulama’ yang sependapat dengan mereka itu kerana sabit yang demikian itu daripada Nabi saw. Dan tidak sahih daripadanya oleh yang menyalahinya.

Berkata Imam Ibnu Qudamah:

“يجهر الإمام بالقراءة في الصبح والأوليين من المغرب والعشاء، والجهر في هذه المواضع مجمع على استحبابه، ولم يختلف المسلمون في مواضعه، والأصل فيه فعل النبي صلى الله عليه وسلم، وقد ثبت ذلك بنقل الخلف عن السلف”
“Imam membaca kuat pada bacaan solat subuh dan dua rakaat yang awal solat maghrib dan isyak. Membaca kuat pada tempat-tempat ini adalah sunat dengan ijmak ulama’. Dan tiada seorang pun dari kalangan Muslimin yang berselisih pada tempat-tempat ini. Dan yang asal pada masalah ini ialah perbuatan Nabi saw dan telah sabit yang demikian itu dipindahkan ulama’ kemudian dari ulama’ yang dahulu.” (Kitab Al-Mughni jilid 1 m.s. 569)

Maka membaca kuat pada tempat yang kuat dan perlahan pada tempat yang perlahan adalah sunat hukumnya dan jika imam atau yang solat sendirian menyalahinya seperti dibaca kuat pada rakaat ketiga pada solat maghrib dan rakaat yang ketiga dan keempat pada solat isyak maka solatnya sah dan tidak disunatkan sujud sahwi kerana sunat tersebut adalah sunat yang ringan.

Menurut pendapat ulama’-ulama’ mazhab Syafie, membaca kuat pada tempat yang perlahan hukumnya khilaful aula (menyalahi yang lebih utama).

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan

Comments

Exit mobile version