Umum

Hospital Taja Kos Bersalin Rozita Che Wan Dengan Layanan Kelas Pertama

Published on

Bertuah sungguh pemilik nama Rozita Che Wan, 41 yang kini sarat mengandung anak ketiga kerana menerima tajaan bersalin kelas pertama daripada Hospital Pakar KPJ, Ampang Puteri.

Malah Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta juga turut mendapat rawatan susulan secara percuma selepas kelahiran berkenaan.

“Alhamdulillah, saya kira ini rezeki anak. Tidak sangka pihak hospital sudi menaja segala kos bersalin dan termasuklah rawatan susulan.

“Bolehlah wang perbelanjaan bersalin yang kami simpan dilaburkan dalam simpanan untuk anak pula.

“Doktor jangkakan saya bersalin dalam tempoh masa dua minggu lagi. Tetapi nak ikutkan bila-bila masa saja saya akan bersalin.

“Diharap semuanya berjalan lancar. Berdebar juga dibuatnya walaupun saya tidak sabar untuk melihat anak yang bakal lahir,” ujarnya.

Menurut Che Ta, dia berasa sangat teruja menanti kelahiran anaknya kali ini dan turut berasa berdebar untuk berdepan dengan proses bersalin kerana sudah 16tahun tidak hamil.

Comments

Exit mobile version