Umum

Harga Minyak Petrol Turun Mulai Esok

Published on

 
Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON95 diturunkan sebanyak 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter mulai esok mengikut kaedah pengapungan terkawal.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata harga runcit petrol RON97 pula diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter.
“Diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Comments

Exit mobile version