Oh! Negara

Haji Hadi, MB Terengganu Jumpa Tun Mahathir

Published on

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di pejabatnya di Perdana Putra, hari ini.
Menerusi laman facebook Mahathir yang dimuat naik pagi tadi, turut serta dalam kunjungan itu, bekas Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa turut berkata, pertemuan bermula pada jam 10 pag idan ia berlangsung selama hampir 1 jam.
“Saya tidak dapat berkongsi apa intipati pertemuan dan perbincangan itu.
“Biarlah Presiden (Datuk Haji Hadi Awang) berkongsi perkara berkaitan pertemuan itu nanti. Saya hanya menemani mereka sahaja.” katanya.
Sumber Foto : Chedet Official

Comments

Exit mobile version