Umum

Google Hilangkan 50 Peratus Carian ‘Thanos’ Apabila Sarung Tangan Ditekan

Published on

Bersempena dengan tayangan filem Avengers: Endgame, nampaknya pihak Google juga tidak ketinggalan untuk melakukan sesuatu yang menarik untuk peminat filem MCU.

Sekarang, jika korang lakukan carian ‘Thanos’, kini sebuah ikon sarung tangan akan dipaparkan pada bahagian Knowledge Graph dan apabila korang klik padanya, ia akan memaparkan animasi hasil carian yang menghilang, sekaligus mengurangkan hasil carian berkenaan kepada sekitar 50%.


Ini sama seperti yang dilakukan Thanos sewaktu Avenger: Infinity War di mana selepas Thanos berjaya mengumpul kesemua lima batu, Thanos memetik jarinya dengan niat untuk menghilangkan 50% populasi dunia.

Namun, korang juga turut boleh menekan kembali ikon berkenaan untuk mengembalikan kembali hasil carian yang hilang berkenaan.

Comments

Exit mobile version