Oh! Tidak

Gara-Gara BTS Meal, 20 Cawangan McDonald’s Indonesia Diarah tutup

Published on

Makanan segera yang menjadi salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia, McDonald’s (McD), kian menjadi tarikan oleh sebab menyediakan pelbagai menu dan tambahan ‘perisa’ baharu. Ia lebih menjadi terkenal oleh sebab McD telah memperkenalkan menu baharu, BTS Meal hasil kerjasama kumpulan Kpop terkenal Korea Selatan, BTS.

Hal itu menyebabkan orang ramai menyerbu restoren makanan segera tersebut untuk tidak melepaskan peluang menjadi salah satu daripada ‘ahli’ BTS. Oleh sebab perkara itu, ia menjadi perkara buruk untuk sebuah restoren McD di Indonesia.

Dikatakan sebanyak 20 cawangan McDonald’s di sekitar Jakarta diarahkan untuk berhenti operasi seketika susulan insiden orang ramai yang menyerbu restoren itu bagi mendapatkan menu promosi BTS Meal.

Wakil Gabenor Daerah Khas Ibu Negeri (DKI) Jakarta, Ahmad Riza Patria berkata, tindakan itu terpaksa dibuat memandangkan orang ramai berkumpul beramai-ramai dan perkara itu mampu menjerumus ke arah berlakunya penularan wabak Covid-19 sekaligus melanggar peraturan kesihatan Penularan Covid-19.

Disebabkan berlakunya aktiviti yang melibatkan orang ramai berkumpul, anggota keselamatan terpaksa mengambil tindakan menutup cawangan-cawangan McDonald’s tersebut.

Ini kerana jika dibiarkan, ia dikhuatiri menyebabkan berlakunya penularan wabak Covid-19 atau munculnya kluster baharu.

Setakat ini, 20 cawangan telah ditutup, 34 cawangan dipantau dan 12 lagi diberikan amaran bertulis.

Cawangan yang diberikan amaran masih boleh beroperasi tetapi dengan syarat tidak melanggar Peraturan Kesihatan Penularan wabak Covid-19 selain diminta menutup fungsi pesanan pada aplikasi pesanan makanan online dan turut menghentikan penjualan BTS Meal.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version