Umum

(Gambar) Mangsa Simbah Asid Oleh Bapa Dapat Kembali Wajah Asal

Published on

Biarpun menjadi mangsa serangan asid oleh bapanya sendiri pada Oktober 2009, Tan Hui Linn tetap hidup seperti biasa dengan penuh keyakinan.

Mengakui pembedahannya di Korea Selatan banyak membantu memulihkan wajahnya malah sudah enam kali penjalani pembedahan disana.

“Saya boleh berjalan-jalan tanpa mengenakan topeng mahupun cermin mata hitam. Pembedahan pembetulan di Korea Selatan memang banyak membantu saya menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya tidak kisah jika ada yang merenung saya dengan wajah yang pelik di tempat-tempat awam.

Dalam serangan yang berlaku kira-kira 6 tahun lalu, Hui Linn dan ibunya telah diserang oleh bapanya sendiri sehingga mengakibatkannya buta mata kanan serta mempunyai parut hodoh di muka dan wajah manakala ibunya pula meninggal dunia.

Comments

Exit mobile version