Umum

Fazley Tersentuh Tonton Filem M for Malaysia

Published on

Haa, korang dah pergi tengok filem M for Malaysia belum dekat pawagam? Ohmedia dengar cerita ramai yang tersentuh dan mengalirkan air mata masa menonton filem terbabit. Perasaan tersentuh ini turut dikongsikan Datuk Fazley Yaakob yang berasa amat terharu menonton filem arahan Dian Lee dan Ineza Roussille itu.

Salam semua, malam tadi saya membawa isteri saya @azrene_ahmad keluar makan malam dan menonton filem di wayang. Pada mulanya kami tak merancang, tetapi kami telah membuat pilihan tepat untuk menonton filem M for Malaysia. Saya dan isteri sendiri bergenang air mata menonton momen-momen yang menjadi sejarah penting untuk negara Malaysia tercinta, saat kerajaan bertukar tangan,, saat kita dikejutkan dengan pelbagai isu dan berita, saat kita semua keluar mengundi untuk tunaikan tanggungjawab bersama, tulisnya.

Untuk pengetahuan korang, M for Malaysia ini mengetsahkan sebuah dokumentari yang menceritakan mengenai titik tolak yang mengubah negara kita dan ia menampilkan dokumentasi mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang menyaksikan rakyat Malaysia memilih untuk tidak lagi bersama kerajaan yang telah memerintah selama 61 tahun dan kini ia sedang ditayangkan di beberapa pawagam terpilih.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Oh! Media Makan


Comments

Exit mobile version