Umum

Bercinta Bertahun-tahun Dalam Diam, Farah Nabilah Sah Menjadi Isteri Juruterbang

Published on

Siapa je yang tak kenal Farah Nabilah? Dalam diam rupanya sudahpun bercinta selama 7 tahun dengan pasangannya dan akhirnya Farah Nabilah sah bergelar isteri kepada juruterbang, Mohammed Amirul Yunus. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua ni!

Majlis ini diadakan di Royale Chulan Damansara. Mereka dinikahkan oleh bapa Farah sendiri dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling, Mastori Marsudi. Farah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, wang hantaran sebanyak RM77,777.77 dan tujuh dulang hantaran.

Dikatakan akan ada dua majlis resepsi untuk mereka nanti. Satunya telahpun berlangsung pada semalam, 22 Disember dan satu lagi pada 28 Disember nanti.

Semoga perkahwinan mereka berdua ni akan berkekalan sampai ke akhir hayat.

Sumber : RotiKaya

+Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Comments

Exit mobile version