Umum

Faizal Tahir Umumkan Cuti Rehat Panjang, Ada Kaitan Dengan Kehilangan 2 Sahabat Baik

Published on

Penyanyi terkenal Faizal Tahir hari ini mengumumkan untuk berehat seketika dalam dunia muzik dan ia akan menjadi waktu berehat yang panjang. Apa yang dapat Ohmedia lihat, keputusan ini diambil Faizal apabila dua sahabat baiknya iaitu pemain gitar terkemuka, Fauzi Samin atau Aji dan pemain bass terkenal tanah air, Kelly telah meninggal dunia baru-baru ini.

Keputusan itu diumumkannya di Instagramnya semalam ayat ringkat.

Takin a very long break. Thank you for everything. Until we meet again. Until i see you again.



Punca berehat Faizal juga dikuatkan lagi apabila semua gambar-gambar di Instagramnya telah disimpan dan hanya mempamerkan dua gambar sahaja yang menunjukkan gambarnya bersama dua sahabat baiknya itu.

Dua kehilangan… Dalam masa empat bulan saya sudah kehilangan dua abang, dua sahabat di dalam band saya. Kekuatan utama muzik saya. Nadi utama persembahan live saya. Setelah sekian lama mereka berada di sana untuk saya sama ada dalam keadaan susah dan senang, disaat saya memerlukan mereka. Mereka telah memainkan peranan besar dalam pembentukan muzik saya dan persembahan secara langsung. Hilang dan tiada ganti kerana saya tidak ada niat langsung untuk mencari pengganti mereka. Persembahan secara langsung saya tidak akan sama tanpa mereka. Dan saya percaya selamat untuk saya katakan pada masa ini, bahawa tidak akan ada satu konsert berskala besar yang saya rancang dan berharap untuk memberikan kepada anda semua dalam masa terdekat. Saya tidak boleh. Saya tidak percaya dengan kebetulan. Segala perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ini juga merupakan sebagai peringatan dan tanda kepada saya.

Ya, hati saya berasa sangat luluh. Tetapi saya tahu mereka berdua berada ditempat yang terbaik yang kita boleh bayangkan sekarang. Kamu berdua adalah manusia luar biasa, mempunyai hati yang bersih dan Tuhan lebih sayangkan abang-abang saya. Untuk saya, masa saya juga pasti akan tiba… Tetapi saya masih berada di sini dan saya percaya pasti ada tujuan, peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk memenuhi kehidupan ini sebelum saya dapat bertemu mereka kembali. Hanya Allah S.W.T mengetahui segala yang terbaik buat umatnya. Innalillahi wa’inna ilaihi raji’uun – dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali, tulis Faizal.



Pada Mei lalu, Kelly disahkkan meninggal dunia selepas mengadakan sesi latihan (sound check) di pementasan Malam Kasih Amal, Ipoh Perak dan Aji pula meninggal dunia pada Selasa lalu akibat serangan jantung. Al-Fatihah.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz



Comments

Exit mobile version