Umum

Fahrin Bakal Nikah Sabtu Ini, Hanya Perkenal Isteri Pada Majlis Pernikahan

Published on

Diam tidak diam, pelakon Fahrin Ahmad pandai menyimpan rahsia perhubungan cintanya dengan seorang gadis misteri.

Fahrin dalam sidang media sebentar tadi mengumumkan dan menjemput pihak media untuk hadir ke majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Walaubagaimanapun, Fahrin tidak mendedahkan siapakah gerangan gadis yang berjaya menambat hatinya namun menjelaskan bahawa beliau bukanlah dari golongan artis.

Majlis pernikahannya akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darbu, Bukit Kiara bersempena tarikh ulang tahunya yang ke-36.


“Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu dedahkan siapa bakal isteri saya itu. Biarlah anda semua tahu pada majlis pernikahan itu nanti. Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti,” katanya kepada.

“Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini. Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

“Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya.,” ujarnya lagi.


Alhamdulillah. Tahniah @fahrinahmad_fa atas berita gembira mengenai pernikahan dia bersama gadis pilihan yang masih dirahsiakan identitinya. Majlis bakal berlangsung pada hari Santu ini, 9 Mei 2015. 3 hari lagi sebelum majlis pernikahan Fahrin bersama gadis bertuah yang dikenalinya tidak lebih dari setahun. #hlive #hliveeksklusif #fahrinahmad #fahrinahmadnikah #hlivevideos
Posted by HLive on Tuesday, May 5, 2015

 OHMEDIA: Tahniah buat Fahrin Ahmad. Siapa agaknya wanita misteri tu ye?

Comments

Exit mobile version