Umum

Elton John Sokong Boikot Hotel Sultan Brunei

Published on

Sembilan hotel yang dikatakan milik Sultan Brunei yang berada di beberapa negara seperti Britain, Perancis, Itali dan  Amerika Syarikat nampaknya terus mendapat sokongan dari pelbagai pihak selepas pelakon hollywood George Clooney menyatakan seruannya kepada orang ramai untuk memulaukan atau boikot hotel berkenaan.

Ia disokong bintang pop Britain, Elton John yang kini berusia 72 tahun dan merupakan pejuang hak assasi golongan gay yang juga menggesa orang ramai memulaukan sembilan hotel milik Brunei, selepas negara itu mengumumkan bakal menguatkuasa hukuman mati terhadap golongan gay dan pesalah zina.

“Saya memuji rakan saya, #GeorgeClooney kerana mengambil pendirian tegas mengenai diskriminasi anti gay dan ketaksuban yang berlaku di #Brunei, iaitu sebuah tempat yang bertindak kejam ke atas golongan gay atau lebih teruk lagi, dengan memboikot hotel milik Sultan (Brunei),” kata penyanyi itu di akaun Twitternya, semalam.

Comments

Exit mobile version