Oh! Lifestyle

Dr. Shazril Jelaskan Penggunaan Sarung Tangan Boleh Menyebarkan Virus

Published on

Dr. Say Shazril telah memuat naik satu posting di Instagram beliau berkenaan sarung tangan yang sering digunakan orang ramai pada musim COVID-19 ini. Beliau memberi pendapat bahawa penyebaran virus akan berlaku jika seseorang itu memakai glove walaupun niat asal mereka untuk mengelakkan jangkitan berlaku.



Terdapat beberapa sebab yang membuatkan penggunan sarung tangan boleh menyebarkan virus. Antaranya, bila korang pergi beli barang pakai glove dan dengan glove yang sama korang buka pintu kereta, sentuh stereng, singgah stesen minyak dan pulang ke rumah. Jika virus itu awal-awal lagi sudah ada di supermarket, sekarang sudah tentu ada di dalam kereta dan rumah korang.




Selain itu, korang juga takkan basuh tangan dan menggunakan hand sanitizer dengan lebih kerap kerana yakin dan selamat dengan hanya menggunakan glove sahaja. Jika korang tidak pakai glove, pasti korang akan cuci tangan dan menggunakan hand sanitizer selepas sentuh mana-mana tempat yang terbuka.




Oleh yang demikian, korang juga kena amalkan cara untuk mencegah dari dijangkiti wabak COVID-19 seperti basuh tangan dengan air sabun, tidak menyentuh muka, jaga jarak 1 meter dengan orang lain dan duduk dalam rumah mengikut perintah kawalan pergerakan yang telah diumumkan oleh kerajaan.




OHMEDIA: JADIKAN NASIHAT DARI DR. SHAZRIL INI SEBAGAI PANDUAN UNTUK KITA MENGELAK DARI DIJANGKITI COVID-19

Sumber: say_shazril

+ Baca respon pembaca Dr. Shazril jelaskan penggunaan sarung tangan boleh menyebarkan virus di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version