Umum

Datuk Lee Chong Wei Letak Jawatan Sebagai Pengarah di Restoran Raj’s Banana Leaf

Published on

Kini di laman sosial telah tersebar satu video di mana pekerjanya mencuci pinggan dengan menggunakan air lopak di tepi jalan yang kotor. Lantas dari itu, restoran berkenaan di arahkan tutup dengan serta merta.
Berkait pula dengan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang dikatakan adalah salah seorang pengarah bagi restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar.
Menurut kenyataan di Facebook restoran berkenaan, Raj’s Banana Leaf menjelaskan individu yang dikatakan sebagai pemegang saham restoran berkenaan adalah ‘ tidak benar dan salah’.
“Individu terbabit tiada kaitan dengan pemegang saham syarikat atau restoran kami,” katanya tanpa menyatakan nama individu terbabit.
Bagaimanapun, pihaknya mengakui Datuk Lee Chong Weu pernah menjadi pengarah syarikat berkenaan, namun telah meletakkan jawatan sebelum kejadian ini berlaku dan beliau tidak terlibat dalam apa jua operasi perniagaan di restoran terbabit.

Datuk Lee Chong Wei turut tercatat sebagai salah seorang daripada tiga pengarah syarikat yang memiliki restoran tersebut iaitu InterCompass Sdn Bhd mengikut sumber Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Terdahulu, pihak DBKL telah mengambil tindakan apabila premis tersebut diarah tutup serta-merta di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuat kuasa hari 30/5/2018.

Comments

Exit mobile version