Umum

Cucu Dibakar Di Dalam Ketuhar Oleh Datuk Ketika Sedang Mabuk

Published on

Seorang ibu terkejut apabila melihat mayat anaknya yang masih bayi rentung di bakar dalam ketuhar selepas disumbat oleh datuknya yang sedang mabuk.

Kejadian yang berlaku di daerah Khakassia, Rusia pada selasa lalu menimpa nasib ibu muda yang berusia 20 tahun dan anaknya baru berusia 11 bulan.

Anaknya itu dikatakan dijaga oleh kedua ibu bapanya di kampung Kharoy.

Pihak berkuasa berkata, dua suspek berusia 47 dan 42 tahun itu kemudiannya ditahan dan kes itu siasat sebagai pembunuhan sengaja terhadap kanak-kanak.

Sementara itu, ibu mangsa meninggalkan mesej penuh emosi di media sosial.

“Bersemadilah dengan tenang, anak ku. Anak ku, kesakitan ini tidak akan hilang walaupun untuk seminit,” tulisnya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version