Umum

Carta Jualan Global Diungguli Marvel’s Spider-Man

Published on

Sekarang sedang hangat diperkatakan tentang Marvel’s Spider-man yang dihasilkan oleh Insomniac Games. Marvel’s Spider-man telah dikeluarkan sejak 7 September 2018 dan hanya boleh dimainkan dengan Playstation 4.

Kini ia dilaporkan mengungguli carta jualan global. Berdasarkan carta GSD, Marvel’s Spider-man mendahului Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age dari segi sambutan jualan.

Selain itu, sumber juga ada memaklumkan bahawa permainan ini telah berada di tempat teratas untuk carta jualan di UK dan Jepun. Di Jepun, dilaporkan sebanyak 96% telah terjual daripada keseluruhan yang diedarkan.

Oh! Media: Tahniah diucapkan kepada pembangun permainan ini dan adakah ia mampu mencantas prestasi God of War yang telah berjaya menjual sebanyak 5 juta unit selepas sebulan dikeluarkan?

Sumber: Akziz, Playstation Life Style

Comments

Exit mobile version