Umum

(Video) Cara Jepun Bersihkan Keretapi Dalam Masa 7 Minit

Published on

Keretapi berkelajuan tinggi Shinkansen di Jepun sememangnya mempunyai kelainan tersendiri. Bukan sahaja terkenal dengan kelajuannya malah ia juga dijamin sentiasa dalam keadaan yang sangat bersih dan menenangkan bagi setiap penumpang yang menaiki keretapi ini.

Yang lebih menarik, proses pembersihan keretapi ini dilakukan pihak pengurusan dengan cekap dalam masa 7 minit sahaja.

Video bertajuk 7 Minute Miracle yang dimuatnaik di laman Youtube menunjukkan bagaimana proses pembersihan seluruh keretaapi ini dilakukan ketika berhenti di stesen tertentu untuk mengambil penumpang.

Pasukan pembersihan akan berada di platform untuk bersiap sedia untuk tidak membazirkan walau satu saat masa pun. Mereka melakukan kerja-kerja pembersihan dengan cekap dan efisyen.

OHMEDIA: Kagum dengan negara Jepun. Mereka maju dan masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dan kebersihan.

——————————————————– 
 
Promosi hebat di Oh! Perfumenista
Hanya RM110 sahaja untuk 2 Perfume. FREE POSTAGE + FREE TESTER
Boleh campur brand
Whatsapp – 0122553390

Comments

Exit mobile version