Umum

Caj Tambahan Perbaharui Cukai Jalan RM5 Dikenakan

Published on

Semalam telah tular di media sosial berkenaan tentang kadar memperbaharui cukai jalan yang dinaikkan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM5.

Kini Pos Malaysia telahpun mengesahkan akan mengenkan caj tambahan berkenaan hanya kepada pelanggan korporat mereka bermula 15 Oktober ini.

“Pos Malaysia mengambil maklum mengenai gambar notis pengumuman yang tular membabitkan caj tambahan berkenaan.

“Notis itu ditujukan kepada pelanggan korporat seperti wakil bank, syarikat kewangan, insurans atau takaful, syarikat jualan kereta baru dan terpakai.

“Namun begitu, tiada caj tambahan akan dikenakan bagi pelanggan individu,” katanya dalam kenyataan kepada pemberita.

Comments

Exit mobile version