Oh! Lifestyle

Buku ‘My Rendang Isn’t Crispy’ Dilancarkan

Published on

Korang mesti masih ingat dengan isu Rendang Crispy yang dahulunya pernah menggemparkan ramai orang dan peminat Ayam Rendang. Chef Zaleha Olpin yang ketika itu telah tersingkir dalam pertandingan Masterchef UK telah membuatkan ‘onion army’ menyerang video di Masterchef UK sehingga menyebabkan video terbabit dipadam.

Semasa itu juga, Chef Zaleha telah tersingkir kerana Ayam Rendang yang dimasaknya tidak rangup, menurut komen juri John Torode dan Gregg Wallace.

Untuk pengetahuan korang, kini Chef Zaleha akan mengeluarkan buku masakannya sendiri iaitu ‘My Rendang Isn’t Crispy and Other Favourite Malaysian Dishes’ yang dijangka akan memulakan penjualan di Asia pada 1 Julai 2019 dan 16 September 2019 di UK.

Antara perkara menarik yang terkandung dalam buku ini adalah kisah pelbagai hidangan yang banyak meninggalkan kenangan manis buat Zaleha sewaktu masih kecil sehinggalah dewasa seperti Laksam, Ketupat, Nasi Lemak dan pastinya Rendang.

Pembaca juga bakal mengetahui resepi turun temurun yang digunakan keluarga Chef Zaleha dan untuk korang yang ingin mendapatkan buku ini boleh terus ke link bio Instagram Puan Zaleha.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version