Umum

Bront Palarae Dikecam Kerana Mempromosikan Filem Sendiri

Published on

Bront Palarae kini rancak mempromosikan filem terbaru beliau, ‘One Two Jaga’ yang sedang ditayangkan di pawagam menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Namun pasti ada sahaja individu yang tidak berpuas hati dengan setiap apa yang kita lakukan walaupun perkara berkenaan sesuatu yang positif. Filem One Two Jaga juga tidak terlepas dengan hasad dengki ini.

Individu tersebut meluahkan rasa tidak puas hatinya di status miliknya tapi bertindak memadam status tersebut setelah mendapat kecaman daripada orang ramai.

Bront dan Namron memilih untuk membuat promosi melalui media sosial untuk menambah awareness untuk filem One Two Jaga ini. .Bagi mereka yang sudah menonton, One Two Jaga mendapat pujian kerana memaparkan ‘kisah sebenar’ realiti segelinitir anggota polis yang tidak bertanggungjawab.

Comments

Exit mobile version