Umum

Boy Iman Lepasan Ijazah Doktor Falsafah, Ini Penjelasan Universiti Malaya

Published on

Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Doktor Falsafah yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Noruliman Bin A Rahman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial. 
Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah kepada Encik Noruliman Bin A Rahman dan sijil yang telah tular di laman-laman sosial adalah sijil palsu. 
UM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya mereka didapati menggunakan nama dan logo UM tanpa kebenaran dan akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang.

Comments

Exit mobile version