Umum

Bob Lokman Semakin Pulih Dan Akan Meniaga Nasi Ayam Kampung

Published on

Tahap kesihatan Bob Lokman yang merupakan seorang pelakon dan penulis lirik semakin pulih selepas terpaksa berulang alik ke hospital selama 6 bulan.

Bob Lokman katanya terpaksa mengambil ubat untuk sakit jantung, kencing manis dan paru-paru dan kesemuanya memerlukan RM1000 untuk kos sebulan.

Penulis lirik lagu Isabella nyanyian Amy Search ni sekarang berkata akan mula berniaga nasi ayam goreng kampung di Masjid Al-Ibtisam di TTDI Jaya, Shah Alam pada setiap hari selasa 12 tengah hari hingga 3 petang.

Oh! Media: Semoga abang Bob Lokman diberikan kekuatan dan kesihatan dalam meneruskan kehidupan bersama keluarga tersayang.

Comments

Exit mobile version