Sebelum ni tular sebuah video sekumpulan lelaki dari luar negara menari lagu Blackpink, How You Like That di media sosial gara-gara salah satu ahlinya mempunyai seiras dengan wajah pelakon Aeril Zafrel.
Kali ini pula giliran sekumpulan anak muda yang berasal dari Kelantan dikenali sebagai Instaboyz kerana merakamkan video parodi lagu tersebut di laman Youtube sehingga mendapat perhatian warganet Twitter.
Tweet yang dimuatnaik oleh seorang pengguna, @Mgxfox telah mendapat 8.7k retweets dan 4.7k likes. Rata-rata ramai warganet rasa terhibur dengan video tersebut.