Umum

Bekas Ratu Rusia Dicerai Dengan Talak 3?

Published on

Nampaknya hari ini telah tersebar berita mengenai penceraian ratu cantik Rusia iaitu Rihana Oksana Gorbatenko yang dijatuhkan talak tiga. Menurut laporan Awani, sijil penceraian yang dipercayai didaftarkan pada 1 Julai lalu itu adalah selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.

Sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan penceraian itu sudah mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah.

Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada Jun 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.

Portal sama juga melaporkan bahawa wanita itu melahirkan seorang anak lelaki pada 21 Mei 2019.

Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan bapa Rihana, Andrey Gorbatenko.

Sumber: Awani

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Exit mobile version