Umum

Beginikah Nasib Wanita Islam Di Singapura?

Published on

Seorang wanita Singapura menyatakan kekecewaan terhadap sebuah agensi kerajaan tidak dinamakan selepas penemuduga didakwa memberitahunya beliau perlu menanggalkan tudung jika mahu bekerja di situ.

Laporan MSN menyatakan wanita itu menghadiri temu duga kerja di sebuah agensi kerajaan dua bulan lalu dan mendapat berita gembira menerusi panggilan telefon semalam.

Beliau menerima tawaran jawatan dipohon kerana agensi itu tertarik dengan kelayakannya.

Namun beliau terkejut dan terganggu apabila penemuduga didakwa memberitahunya: “Untuk bekerja di sini, kami perlu anda menanggalkan tudung.

Wanita itu segera menolak tawaran, menyatakan beliau tidak selesa dengan kejahilan dan sikap tidak peka agensi kerajaan terhadap wanita Islam.

Comments

Exit mobile version