Pada 10 Mei 2018, Tun Mahathir Mohamad telah diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketujuh di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu yang berlangsung di Istana Negara pada Khamis.
Selain dari rasa terharu dan ucapan tahniah dari seluruh rakyat Malaysia. Rakan-rakan artis Malaysia turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ketujuh tersebut.
1. Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Di akaun facebook Siti Nurhaliza, beliau telah menaikkan status ucapan tahniah dan gambar ‘throwback’ beliau bersama Tun M dan Bonda Tun Siti.
2. Ben Ali – Beliau turut mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathia Latiff yang sentiasa menyokong Tun Mahathir.
3. Rozita Che Wan – Che Ta pula telah menaikkan gambar yang dikatakan telah lama disimpannya dan telah menyatakan sokongan beliau terhadap kepimpinan di bawah Tun Mahathir sekarang.
4. Rabbani – Kumpulan Nasyid Rabbani juga turut tidak melepaskan peluang memanjatkan rasa syukur dan mendoakan agar Tun Mahathir dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.
5. Afdlin Shauki – Siapa tidak kenal Afdlin seorang artis yang suka berjenaka dan terbaru Afdlin telah menaikkan gambar Tun Mahathir yang amat comel.