Umum

Artis Popular K-Pop Layan Hausboom? Permintaan Hausboom dI Korea Selatan Naik Mendadak Serta Merta

Published on

Pergh! Nampaknya syarikat minuman tempatan bumiputera, Hausboom viral lagi gais dekat Twitter. Tapi kali ni jauh sikit apabila botol air Hausboom ni semakin popular di Korea Selatan. Wow! Macam mana boleh popular ni? Kalau korang nak tahu, sebelum ini telah viral di Twitter satu gambar menunjukkan Minho yang merupakan ahli kumpulan K-Pop, Stray Kids dilihat sedang menikmati air Hausboom.

Tweet yang dinaikkan oleh pengguna Twitter, Ain (Chanknots) itu ternyata telah mengejutkan pihak Hausboom sendiri yang dilihat seperti tidak percaya. Gambar itu juga telah mengejutkan peminat K-Pop di Malaysia yang mula ingin mencari Hausboom untuk mengikut jejak langkah artis kegemaran mereka.



Permintaan air Hausboom ini bukan hanya mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia, malahan ia turut mendapat permintaan di Korea Selatan dan mereka mula bertanya, di mana mereka boleh dapatkan minuman berkenaan.

Azri Zahier Azmi yang merupakan pemilik kepada air Hausboom ini juga ternyata begitu teruja dan menceritakan apa yang berlaku di Korea Selatan sekarang, ternyata sama seperti apa yang diimpikannya selama ini.



Bagi Ohmedia, ini merupakan satu perkembangan yang baik dan patut dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia, apabila satu produk tempatan bumiputera ini semakin berjaya untuk menempah nama di peringkat antarabangsa. Oh ya, untuk pengetahuan korang, baru-baru ini, Ohmedia sendiri sempat untuk membuat satu video untuk segmen #OhmediaPublic dan Ohmedia telah dapatkan pandangan orang ramai tentang air Hausboom. Nak tahu bagaimana reaksi mereka, jom layan video ni!


+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Makan



Comments

Exit mobile version