Oh! Negara

Arab Saudi Tidak Akan Berdiam Diri

Published on

Kini banyak jutawan dan syarikat Barat kini menjauhkan diri daripada Arab Saudi yang merasakan ia bakal membahayakan pembaruan ekonomi yang dicetuskan Putera Mahkot Mohammed bin Salman.

Kesan dari itu, Arab Saudi memberi amaran akan bertindak balas terhadap serangan sekatan yang dikenakan berhubung dengan kehilangan wartawan Jamal Khashoggi, ketika pasaran saham Riyadh menjunam ke paras paling teruk dalam masa beberapa tahun.

Presiden Donald Trump mengancam sekutunya itu semalam dengan ‘hukuman berat’ jika Khashoggi, pengkritik lantang Putera Mohammed, dibunuh di dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul.

“Arab Saudi menolak sepenuhnya sebarang ancaman atau cubaan merendahkan negara ini sama ada menerusi ancaman mengenakan sekatan ekonomi atau tekanan politik,” kata pemberita.

Comments

Exit mobile version