Umum

Akhyar Rashid Sah Milik JDT Musim Hadapan

Published on

Terkini, Akhyar Rashid akhirnya sah menjadi pemain untuk kelab JDT bagi musim hadapan walaupun pelbagai isu dibangkitkan berhubung pemindahan pemain sayap Harimau Malaya itu untuk beraksi di Johor Darul Ta’zim, JDT.

Pengumuman itu dibuat melalui rakaman video yang dimuat naik di laman facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers sebentar tadi sambil memaparkan penampilan Akhyar dengan kapsyen “Welcome To JDT”.

Sebelum ini, Akhyar bermain untuk pasukan Kedah dan kini ia dipilih dan akan beraksi bersama dua lagi import baharu JDT iaitu Aaron Niguez dan Mauricio Dos Santos Nascimento.

Perpindahan Akhyar kali ini berlangsung dalam suasana cukup kontroversi dan penuh drama. Sebelum ini Perlis FA secara terbuka menyatakan minat mereka apabila cuba melamar bintang muda Kedah itu. Namun, semalam dalam satu kenyataan media, mereka terpaksa melupakan khidmat Akhyar kerana kekangan kewangan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version