Umum

AJK Kuil Sri Maha Bergelar Tan Sri Ditahan SPRM

Published on

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM semalam telah menahan seorang ahli jawatan kuasa kanan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam bagi membantu siasatan berhubung pembangunan sebidang tanah milik kuil itu.

Suspek yang ditahan juga turut digelar sebagai Tan Sri dan difahamkan, pegawai penyiasat suruhanjaya turut telah menggeledah beberapa dokumen di dalam bilik tidur dan di dalam dua kenderaan miliknya.

Penahanan ini turut disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang telah melakukan serbuan berkenaan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version