Umum

Aishah Sindir Jihan Muse Di Instagram?

Published on

Perbalahan diantara Datuk Seri Vida dan juara Gegar Vaganza Musim Keempat, Aishah akhirnya dah settle gais! But baru-baru ni ada drama terbaru pula pasal Aishah yang seakan menyindir pengacara Gegar Vaganza, Jihan Muse menjadi perbualan hangat netizen. Okay grab popcorn gais!

Hidup sebagai anak seni satu kehidupan yang sepi sebenarnya, kerana masing-masing survive sendiri. Tak ramai kawan ingin membantu apabila kita menunggak arus melawan ketidak adilan, yelah jaga periuk nasi lah katakan. Padahal yang dipanggil pun mengikut cara undang-undang yang sebenar, tak boleh tidak kalau dah di subpoena. Tapi ada yang maki hamun ada yang lari hilangkan diri dari di ‘serve’ dgn subpoena. Siap komen kat IG, kesian rasa tersepit ‘antara gajah’ katanya hahaha. Ini undang-undanglah, untuk melindungi kita semua. Subpoena tak bererti terpalit, ianya satu cara undang-undang untuk memanggil saksi untuk mendapatkan keterangan dalam proses perbicaraan sesuatu kes. Perjuangan dibuat untuk anak seni juga tapi seperti dipandang sinis. Semalam mungkin dengar kita dah menang baru call, konon nak beri kerjasama? Hidup penuh lakonan. Pengalaman mengajar, siapa kawan siapa.

Ternyata ramai netizen seakan mula faham dengan kenyataan yang ditulis oleh Aishah. Memang pasal Jihan Muse pun! Sebab ada segelintir netizen berkata Jihan ni takut nak tegakkan keadilan dan takut bersuara. Sis harap benda ni boleh settle secara baik ya?

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Exit mobile version