Umum

Ahmad Maslan Buat Orang Ramai Terliur – Kembali Dengan Nasi Goreng Strawberi

Published on

Datuk Seri Ahmad Maslan sekali lagi mengejutkan rakyat Malaysia dengan kembali menunjukkan keunikan masakannya seperti kebiasaan. Tapi sedikit berlaianan kali ini apabila masakan terbarunya ini merupakan Nasi Goreng Strawberi.

Seperti yang kita sedia maklum, memasak merupakan hobi beliau dan kali ini Ahmad Maslan mencuba hidangan terbaru dan seperti biasa berkongsi menu ini di lama twitternya.

Idea kreatifnya memasak nasi goreng strawberi telah mengundang pelbagai reaksi dan ada yang berminat untuk mencuba masakannya serta ada juga yang tidak bersetuju.

Ahmad Maslan menyatakan dia membeli strawberi berkenaan di Cameron Highland bersempena dengan PRK di sana.

Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin bagaimanapun merupakan peminat kepada masakan Ahmad Maslan. Tetapi kali ini?

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version