Umum

Adik Syukor Hilang 25 Ekor ‘Kawan’, Ditemui Mati Secara tiba-TIba

Published on

Siapa masih ingat lagi dengan adik Syukor yang popular dengan gelagatnya bersama kerbau-kerbau milik ayahnya, Pak Khamis. Bahkan hubungan itu menjadikan dirinya viral beberapa ketika, menyebabkan turut digelar sebagai “Syukor The Kampung Boy”.

Gambar-gambarnya bersama kerabu-kerbau berkenaan menyebabkan dia diburu oleh fotografer tempatan dan luar negara. Bahkan ia ada diantara gambar berkenaan berjaya memenangi beberapa anugerah berprestij dunia.

Sumber gambar dari dahliadeanphotography

Namun berita yang menyedihkan berlaku keatas adik Syukor dan ayahnya, Pak Khamis di mana sebanyak 25 ekor kerbau kepunyaan mereka ditemui mati secara tiba-tiba di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.

Pastinya hal ini akan memberi kesan yang mendalam kepada adik Syukor berdasarkan hubungan semulajadi yang telah terjalin dengan kerbau-kerbau berkenaan. Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli  Mohamad A-Bakri melalui Instagram milik beliau.



OHMEDIA: KAMI HARAPKAN ADIK SYUKOR DAN PAK KHAMIS BERTABAH ATAS DUGAAN YANG BERLAKU.

Kredit: Instagram @drzulkufli.albakri

+ Baca respon pembaca adik Syukor kehilangan kawan seramai 25 ekor kerbau di Facebook Oh! Media



Comments

Exit mobile version