Umum

Acappan Rahsiakan Penderitaannya Dari Anak Dan Keluarga

Published on

Penderitaan Acappan yang meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang pagi tadi, hanya diketahui keluarganya tiga bulan lepas.

Penderitaan pelakon dan pelawak terkenal era 80-an, Acappan atau nama sebenarnya R. Samynathan, yang meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang pagi tadi, hanya diketahui keluarganya tiga bulan lepas.

Anak sulung mendiang, S. Vikneshwaran, 31, berkata mendiang bapanya jarang bercerita tentang penyakitnya kepada keluarga.

Beliau menyifatkan kehilangan bapanya yang berusia 63 tahun itu sebagai satu tamparan hebat kepada keluarganya terutama ibunya, S. Yogeswari, 53, serta adik perempuan bongsunya, S. Yhuveneshwary, 24, kerana mereka tinggal bersama dan sangat rapat.

Comments

Exit mobile version