Oh! Negara

5 Lagi Jenama Kereta Hadapi Penurunan

Published on

Beberapa jenama kereta termasuk dari keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga sehingga RM3,000 selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu berkata, lima jenama kenderaan tersebut terdiri daripada model Perodua, Honda, Toyota, BMW, dan Volkswagen.

Guan Eng berkata bagi harga sebuah kereta Perodua Axia harga yang dikenakan selepas pelaksanaan SST adalah RM40,390 berbanding RM41, 497 iaitu penurunan sebanyak RM1,107 semasa dikenakan cukai GST.

Selain itu, Guan Eng berkata jenama BMW 118i turut menyaksikan penurunan harga sebanyak RM3,000 iaitu RM185,800 dari RM188,800 sebelum ini.

Sumber: Bernama

Comments

Exit mobile version