Kemunculan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) Yusuf Azmi di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Jumaat lalu mendapat pelbagai reaksi daripada penonton.
Rata-rata meluahkan rasa teruja dan tidak sangka rupa-rupanya aktivis itu mempunyai bakat dalam berlakon.
Mana tidaknya, Yusuf Azmi yang bergandingan dengan kumpulan Tiro dilihat berjaya melontarkan skrip dengan baik.
Memetik laporan Harian Metro, Yusuf Azmi berkata kemunculannya pada malam itu merupakan pengalaman pertamanya sebagai pelakon.
Dia mengakui ianya sangat mencabar. Malah dia sendiri pada awalnya berasa berat untuk menerima jemputan itu.
Saya ingat mereka datang untuk buat aduan, tapi sebenarnya minta saya jadi tetamu jemputan dalam persembahan.
Selain tidak mahu menghampakan rakan-rakan, Yusuf berkata pentas itu dapat digunakannya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai ah long atau ceti haram.