Trending

“Yang Kau Usik Ni Bukan Anak Binatang Kau Tahu?” – Bapa Mengamuk Cikgu Gunting Rambut Anak Tanpa Izin

Published on

Di media sosial, tular rakaman video memaparkan bapa kepada salah seorang pelajar sebuah sekolah mengamuk gara-gara cikgu menggunting rambut anaknya.

BACA: Ekor Tudung Sekolah Kena Gunting, Tukang Jahit Tampil ‘Backup’ Cikgu

Si bapa dalam keadaan marah bersemuka dengan cikgu mempersoalkan tindakan memotong rambut tanpa kebenaran.

Aksi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar kawasan sekolah. Menurut si bapa, seseorang tidak berdosa dan tidak akan ke neraka hanya kerana berambut panjang.

Yang kau usik ni bukan anak binatang kau tahu? Anak aku, kau paham? Rambut panjang tak masuk neraka kau tahu? Kau tahu tak? Rasulullah rambut macam mana? Aku tanya kau.

Dalam video berkenaan, kedengaran si bapa meminta cikgu memanggil anak jika tidak mahu ‘sakit’. Namun, tidak dapat dipastikan atas tujuan apa si bapa meminta untuk berjumpa anak cikgu terbabit.

Sekarang ni dia anak aku ke anak kau? Apa guna aku sekolah swasta?

Pengguna Instagram Furqan Fawwaz yang memuat naik video berkenaan mempersoalkan adakah seorang pendidik layak dilayan seperti itu.

Katanya, menghormati guru juga merupakan tuntutan dalam agama dan tidak sewajarnya diaibkan sedemikian rupa.

Kredit: Instagram Furqan Fawwaz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version