Kalau sebelum ni ada orang pergi kedai makan jumpa lipas dan rambut dalam makanan, kali ini sebuah video di TikTok telah mendapat perhatian netizen apabila seorang wanita menangis kerana hidangan roti canai yang dibeli mengandungi ‘tali mop’!
BACA: Gumpalan Rambut Dalam Tepung Pelita, Peniaga Bakal Disiasat
Video yang dimuat naik di TikTok Yonabii_ menunjukkan rakannya sedang menangis kerana mengunyah tali mop yang disangka daging dalam hidangan roti canai.
Dipercayai hidangan tersebut dibeli di kedai mamak.
Ramai netizen yang menonton video ini berkongsi pengalaman sama yang menggelikan di kedai mamak. Tak sangka sampai tali mop pun masuk dalam makanan!
Tercedok seluar
Lalat dalam air cincau
Ulat beluncas dalam sayur
Pernah jumpa tali sama
Haih, macam-macam rupanya pengalaman orang yang jumpa benda pelik-pelik dalam makanan ni. Harap korang lepasni lebih berhati-hati lah ye, sebelum makan atau minum check dulu betul-betul kalau ada benda yang pelik.
Kredit: Yonabii_
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media