Trending

(VIDEO) Tular Bunyi Tangisan Penanggal Di Melaka?

Published on

Penanggal merupakan sejenis makhluk halus yang dipercayai datangnya dari golongan jin atau syaitan. Ia juga dikatakan dipelihara oleh seseorang bagi memudaratkan musuh.

BACA: (VIDEO) Misteri Tiga ‘Kelibat’ Tepi Jalan Jadi Tanda Tanya

Pelbagai cerita tentang kewujudan makhluk tersebut yang diceritakan berdasarkan pengalaman dalam kalangan masyarakat yang mengakui pernah terserempak dengannya.

Namun sehingga sekarang, tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan penampakan hantu penanggal ini walaupun sebelum ini beberapa orang pernah ternampak makhluk berkenaan.

Tangisan dipercayai dari Penanggal

Baru-baru ini, tular di laman media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan bunyi tangisan misteri yang dipercayai daripada golongan makhluk tersebut.

Video itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook bernama Mizan Yusof Mizan di Kumpulan Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM).

Menerusi video tersebut, kedengaran seperti satu suara tangisan yang sangat kuat sehingga menyebabkan perakam klip video tersebut sedikit ketakutan.

Kedengaran juga suara perakam yang bertindak menghalau makhluk tersebut daripada terus mengganggu di kawasan tersebut.

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2021/08/232231003_2207396762736918_8651781280486097021_n.mp4

Jelas Mizan Yusof, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Melaka dan penduduk mendakwa tangisan misteri tersebut berasal daripada makhluk penanggal itu.

Musang je tu

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut mempertikaikan bunyi tersebut merupakan suara daripada makhluk itu selain menyifatkan ia merupakan bunyi daripada seekor haiwan.

Terdapat juga netizen yang turut memuat naik video bunyi seekor musang yang sama seperti tangisan ‘penanggal’ itu bagi membuktikan kesahihan bunyi daripada haiwan tersebut.

Walaubagaimanapun, video yang telah dimuat naik itu sehingga kini telah mencapai 640 tanda suka serta seramai 524 orang telah meninggalkan komen pada hantaran itu.

Kredit: Facebook Mizan Yusof Mizan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version